Pengawasan (Bahasa Inggris: surveillance) ialah pemerhatian tingkah laku atau kelakuan, manakala sistem pengawasan ialah proses memerhatikan tingkah laku orang ramai, objek atau proses dalam sistem keakuran pada norma-norma yang dijangka atau dimahukan dalam dalam sistem untuk tujuan security atau kawalan sosial. Lihat juga analisis penyimpangan
Dalam bahsa melayu, perkataan "pengawas" berpuncak dari pada perkataan "awas" yang bermaksud pemerhatian teliti semasa melihat. Dalam konteks yang sama, perkataan bahasa perancis "Sur-Veillance" juga bermaksud "melihat dari atas". Dalam bahasa inggris pula, istilah "surveillance" digunakan untuk kesemua jenis pemerhatian, bukan sahaja pemerhatian mata atau visual. Namun, mata serba melihat di langitmasih menjadi ikon pengawasan.
Perkataan pengawasan sering digunakan untuk menakrifkan pemerhatian dari satu jarak dengan penggunaan alatan elektronik atau lain-lain cara melalui teknologi, sebagai contoh:
• pemasangan telinga
• mendengar perbualan telefon
• mikrofon berarah
• komunikasi tampanan
• alat mendengar secara belukar atau'bugs'
• kamera submini Minox
• televisyen litar tertutup (CCTV)
• penjejakan melalui GPS
• Alatan umpan
• teg elektronik
• imej CCTV
• tentera peninjauan
• Pesawat pengawasan, contoh Lockheed U-2
• Satelit peninjauan
• alatan pengomputeran "dipercayai"
• Internet dan pengawasan komputer
Akan tetapi pengawasan turut melibatkan kaedah-kaedah mudah yang menggunakan teknologi rendah atau kaedah tiada penggunaan teknologi seperti pemerhatian terus, pemerhatian melalui binokular, tampanan pos, atau kaedah-kaedah lain yang serupa.
Istilah ini juga masih boleh digunakan untuk pemerhatian penyakit oleh ahli epidemiologi. Lihat pengawsan klinikal.
Kesan paling besar pengawasan berkomputer adalah jumlah angka besar organisasi-organisasi yang terlibat dalam operasi pengawasan:
• Perkhidmatan negara dan sekuriti masih mempunyai sistem pengawasan yang paling berkuasa, kerana mereka dibenarkan oleh undang-undang. Kendatipun, pada hari ini tahap pengawasan oleh negara telah meningkat, dan dengan menggunakan komputer mereka kini boleh mencantumkan pelbagai jenis sumber maklumat berbeza untuk mewujudkan profil individu-invididu atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat.
• Ramai koperasi yang besar kini menggunakan pelbagai jenis pengawasan 'pasif'. Ini secara utamanya adalah satu cara mengawasi aktiviti-aktiviti staf dan untuk mengawal perhubungan awam. Tetapi sesetengah badan-badan koperat besar secara aktif menggunakan pelbagai jenis cara pengawasan untuk memerhatikan aktiviti-aktiviti aktivis dan kumpulan-kumpulan kempen yang mungkin memberi kesan kepada pengoperasian mereka.
• Ramai syarikat-syarikat menukar maklumat sesama sendiri secara sah di sisi undang-unang, dengan membeli dan menjualnya daripada syarikat lain atau agensi kerajaan tempatan yang mengumpulkannya. Data ini biasanya dibeli oleh syarikat-syarikat yang hendak menggunakannya untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan.
• Maklumat peribadi dikumpulkan oleh pelbagai kumpulan dan individu. Sesetengah daripada ini digunakan untuk tujuan tidak jenayah, tetapi penggunaan maklumat peribadi sensitif untuk melakukan jenayah seperti penipuan kartu kredit dan lain-lain semakin meningkat.
Pengawasan moden kini tidak boleh dielak secara total. Akan tetapi, kumpulan bukan negara boleh menggunakan teknik-teknik pengawasan menentang suatu organisasi, dan sesetengah amalan yang berhati-hati boleh merendahkan peluang pengawasan itu berjaya. Sesetengah negara juga dihadkan pengawasan yang dibenarkan oleh undang-undang, terutama apabila mengawasi mereka yang tidak mendatangkan bahaya.
Nota: Dalam kesemua jenis pengawasan yang disebutkan di bawah, isu corak adalah penting. Walaupun dalam dirinya sendiri satu cebisan data kelihatan tidak berbahaya, tetapi apabila dikumpulkan bersama dengan data komunikasi orang lain ia boleh memberitahu pelbagai maklumat mengenai perhubungan sosial, corak perkerjaan, dan juga tabiat-tabiat peribadi. Pengumpulan dan pemerosesan data komunikasi adalah secara besarnya dilakukan secara automatik oleh komputer.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar